3 Langkah Mudah Buat Duit di TikTok Tanpa Perlu Buat Live

3 Langkah Mudah Buat Duit di TikTok Tanpa Perlu Buat Live

0 0
Read Time:2 Minute, 57 Second

Ramai ya nak tahu macam mana nak buat duit kat Tiktok. Meh sini elle share..

Elle mula bertapak di Tiktok sejak Ogos 2020 dan aktif bermula November 2020. Setakat ini belum pernah buat Live dan tiada dapat kutipan mana-mana Coin lagi.

Tapi sebenarnya ada cara yang kita boleh buat dan berpotensi mendapat bayaran direct dari TikTok Malaysia.

Baca selebihnya di link twitter 👇

https://twitter.com/elleNouvya/status/1384865694802616329?s=19

————

Tujuan sebenar penubuhan aplikasi TikTok adalah lebih ke arah short educational video, dimana ia akan lebih mudah diingati oleh golongan muda dan belia. Tak hairan lah aplikasi Tiktok ini berkembang pesat di ketika dunia melanda Pandemik. Sangat bermanfaat dan mudah untuk grow.

  1. MULA BUAT KONTEN YANG BERUNSUR EDUKATIF 

Antaranya:
▪︎Tips & Tricks
▪︎Tutorials (How to…)
▪︎Fakta² menarik (Did You Know?)
▪︎Ulasan topik trending
▪︎Perkongsian pengalaman (review)

Keep on posting topik sebegini, dan suatu masa nanti Tiktok akan hantar notifikasi Jemputan Khas dalam akaun awak sebagai Exclusive Content Creator.

Elle mendapat jemputan ini pada pertengahan bulan Januari, so lebih kurang tiga bulan bergiat aktif memberi konten yang berunsur edukatif.

Jangan tak tahu, Tiktok sebenarnya nampak semua video² awak, mereka akan push akaun awak ke depan lagi jikalau mereka nampak criteria konten awak bermanfaat untuk audiens. 

Maka akaun awak akan berada di laluan FYP yang awak idamkan selama ini.

——–

2. BERINTERAKSI DENGAN AUDIENS & KEKAL KONSISTEN

Dah nama pun laman SOSIAL, memang untuk bersosial la kan? Takkan nak acah Diva, masuk-masuk ja orang kena kenal.

Ada Youtuber famous ni Ustaz Nik Affendi (UNA), walaupun beliau popular di Youtube, tapi tetap beliau bermula dari zero followers kat Tiktok, tak dipanggilnya geng-geng youtube/facebook ke Tiktok pada ketika itu.

Tak susah pun nak berinteraksi, hanya perlu reply komen-komen yang ditinggalkan di ruang komen video awak. Bagi love sikit kat komen dia, pun boleh buat mereka rasa dihargai.

Haa.. lepas tu bila dah lalu lalang kat video Tiktok orang lain, apa lah salahnya tinggalkkan komen, ayat-ayat manis untuk random user. Percayalah, mereka akan rasa terharu dan automatik follow awak.

Lagi obvious jikalau awak bertegur sapa di komen user yang baru atau followers sikit. Berikan semangat dan sokongan kepada video-video mereka.

Sokongan ni boleh ditambah dengan memberi komen yang relevan dengan video tersebut. Pastikan tengok video sampai habis, kang mana lah tahu ada plot twist, naya ja.

Lagi satu, tolonglah jangan percaya orang dok kata, follow akaun-akaun besar ja kalau nak followers ramai. Akaun besar kadang tu bukannya sombong, cuma tak perasan sebab notifikasi banyak sangat. Kang dia tak follow balik, awak sentap pulak kang. Haihhh…

Okay next point pulak!

——–

3. SERTAI KEMPEN YANG DIANJURKAN OLEH TIKTOK MALAYSIA

Haa… yang tertanya² macam mana and berapa yeh Tiktok bayar kita? 

Macam ni la dia rupa Campaign yang disediakan di Tiktok. 

Invitation Tiktok legit ke?

Jikalau awak dapat notifikasi sebegini kat dalam akaun Tiktok awak, YES ianya legit ✅

Mustahil untuk Tiktok dapat nombor WhatsApp awak dari mana² kalau awak tak pernah paparkan.

Dalam dunia sekarang, perlu lebih berhati²

Semoga notifikasi sebegini akan muncul di akaun TikTok awak nanti 😊

——–

Oh ya, kalau awak tak dapat lagi invitation dari Tiktok, jangan risau.. join Channel Telegram Elle Kongsi Ilmu sekarang untuk dapatkan update terkini tentang mana-mana kempen yang akan datang nanti. #ellekongsiilmu

So, awak dah ready nak create konten² bermanfaat untuk bakal followers awak?

Let’s share what kind of niche you’re looking into..

About Post Author

elle

She found herself enjoying being a digital enthusiast and as a ghostwriter to fill her passion during the pandemic. Throughout the MCO, Elle has honed in on developing the skills and creativity that it takes to turn her dream into a career.
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *