
3 Sebab Perlu Digitalkan Kewangan Bermula 2021
Penting ke untuk kita mendigitalkan peniagaan, kewangan & pelaburan kita?
Kenapa?
Meh sini elle cerita..
Hari ini dunia sedang bergerak pantas ke arah pendigitalan.
Tahun 2021 merupakan tahun kedua kita berada di gelombang pandemik Covid-19.
Serba serbi semua nak didigitalkan.
Duit fiat yang berbentuk matawang kertas yang disimpan dalam dompet kita juga tidak terkecuali drpd melalui evolusi dan revolusi pendigitalan ini.
Kat Malaysia pun kita mula menerima & menggunakan matawang digital antara kita sedar atau tidak.
Buktinya terdapat bermacam jenis e-wallet macam Touch&Go, Boost, Grabwallet etc.
Bank terbesar di Malaysia macam Maybank pun, sudah mempunyai e-wallet nya sendiri.
Lagi-lagi waktu PKP macam ni, hampir 80% proses menjual dan membeli berlaku secara atas talian (online). Cara pembayaran juga seeloknya kurang digalakkan untuk guna wang tunai (cash) atas sebab berkemungkinan transmisi virus Covid-19
Kedai fizikal tak boleh beroperasi
Kedai tak boleh buka, nak tak nak memang kena cari kedai digital macam shopee, lazada atau website ecommerce.
Beberapa matawang dunia dah beralih daripada wang kertas kepada matawang digital.
Maka kita lihat wujud dan terbitnya Dollar digital seperti USDT dan USDC.
Terbaru negara China telah meluluskan dan akan mengeluarkan Remibi/Yuan digital.
Di Britain, Bank of England (bank pusat Britain), baru2 ini sudah meluluskan projek yg digelar “BritCoin” utk menerbitkan dan beralih drpd matawang fiat ke matawang digital.
Logam sedang melalui proses revolusi
Emas dan Perak, sedang melalui fasa pendigitalan. Evolusi pelaburan dari segi fizikal membuka peluang lebih besar di pasaran dunia.
Sebenarnya, ada juga syarikat minting emas yang berusia ratusan tahun pun sedikit demi sedikit sudah beralih kepada emas digital
Antaranya Royal Mint dan Perth Mint di Quantum Metal