
Buat Duit Tanpa Modal Dengan Cara Affiliate Marketing
Di kala pandemik dan lockdown yang tak menentu ini, pastinya kita panik dengan situasi yang agak terikat di dalam rumah.
Tanpa punca pendapatan yang stabil, tidak dapat keluar bekerja dan mencari rezeki.
Tenang kay.. kini ada cara untuk kita buat duit dari internet secara atas talian (online), tak kira dari data telefon sendiri mahupun wifi tumpang rumah sebelah.
Buat duit dari internet kini terbukti wujud, legit dan tidak mustahil.
Sebelum tu, jom fahamkan konsep Affiliate dan bagaimana untuk anda maksimakan pendapatan terlebih dahulu.
Nak terus daftar Involve Asia pun boleh je..
APA ITU AFFILIATE MARKETING?
Aktiviti mempromosikan produk atau jenama besar dengan menggunakan konsep PENGARUH (influencing), dengan menggunakan link unik.
Link itu yang bakal disediakan oleh platform yang menyediakan program affiliate tersebut kepada kita (Publisher).
Kebanyakan jenama-jenama besar ini mempunyai laman web ecommerce mereka tersendiri.
Makanya prospek akan dibawa ke laman web tersebut yang akan dijejaki oleh link unik anda.
Dari situlah pengiklan jenama (Advertiser) akan mengesan siapa yang telah mempengaruh pelanggan (Consumer) tersebut ke laman web mereka.
Komisen pembelian pelanggan yang akan anda peroleh sebagai pendapatan sampingan kita.
Atau apa-apa sahaja konversi yang dipohon oleh pihak pengiklan (Advertiser)

Berkonsep short, sweet and simple.
Hanya melingkari antara 3 parti iaitu Advertiser, Publisher dan Consumer.
Sesuai untuk individu yang tak banyak masa untuk melayan customer atau tak mahu ada direct contact dengan pelanggan.
Easy peasy, pelanggan membeli sendiri di laman web tersebut.
Kelebihan & kekurangan setiap Parti
Advertiser
- Lambakan pelanggan dari pelbagai sudut
- Database setiap pelanggan yang membeli belah
- Trafik website yang tinggi, bakal kedepankan ranking search engine
Publisher (ANDA)
- Pengaruh makin kuat dan diyakini bukan scammer
- Tentunya DAPAT DUIT komisen dari hasil pembelian atau konversi
- Audiens yang luas kerana link unik bebas diklik oleh sesiapa sahaja
- Tidak menyimpan database pelanggan yang klik di link unik
- Kebanyakan link unik tidak mempunyai tarikh luput (melainkan diberitahu)
- Link unik mempunyai durasi cookie (pelanggan tak semestinya perlu check-out on-the-spot)
Consumer
- Membeli belah di laman web yang diyakini legit dan selamat
- Data tidak tersebar kemana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab
- Tidak perlu berkomunikasi secara langsung dengan si pengaruh mahupun tuan kedai
- Pelanggan bakal tergoda dengan produk lain selain yang dipengaruhi (dipromote) Publisher
Tapi tahukah anda…
Ada satu lagi Parti yang menjadi One-Stop-Center untuk jenama-jenama yang mempunyai program Affiliate?
Ya, di sinilah tertubuhnya Platform Affiliate yang mengumpulkan hampir kesemua jenama dunia yang terkenal untuk menjadi orang tengah diantara Advertiser dan Publisher.
Bagi menyampaikan kempen atau promosi terkini dan juga menjadi tempat anda mengumpul jumlah komisen anda dengan lebih mudah dan teratur.
Antara platform Affiliate yang boleh legit digunakan oleh rakyat Malaysia adalah seperti berikut:
Yang mana pilihan anda? Nak pilih semua? Boleh ja.. lagi bagus!
Cara daftar?
Amat mudah.. Anda hanya memerlukan Sign-Up dengan email dan mana-mana sosial media, tak kira jumlah followers; peribadi mahupun IGshop (public) sama ada:
- Tiktok
- Youtube
Nak mula yang mana dulu?
Sangat digalakkan untuk bermula dengan Involve Asia kerana platformnya yang user friendly dah mudah faham.
Infact anda boleh dapat komisen tanpa menjual. Menarik kan? Involve Asia memberi peluang kita untuk mendapat komisen hanya dengan cara mendapatkan Lead (Database).
Ramai yang berjaya menjana pendapatan sampingan sebagai Affiliate dengan mengesyorkan barang-barang di platform Shopee.
Tentu anda pernah singgah dan membeli di Shopee kan?
Walaupun komisen konversi di Shopee setakat 3% – 9%, tapi dengan berkat keikhlasan anda mencadangkan barangan yang berguna, nescaya jumlah sale akan melonjak tinggi.
Tak ramai followers?
Jangan risaulah pasal tu, tunjukkan kepada audiens bahawasanya awak punya idea rational dan kreatif dalam konten anda, sekaligus mengesyorkan pilihan barangan terbaik.
Mudah je kan? Nak, tak nak je..
Ramai yang dah berjaya. Mereka nampak hasil apabila memberi komitmen dan mengekalkan momentum sekurang-kurangnya sebulan.
Ini antara contoh kejayaan dari ahli Affiliate Involve Asia.
Jumlah jualan melalui link unik beliau hampir mencecah RM50,000, hanya di media sosial Twitter.
Tiada yang mustahil jika anda punya niat nak bantu diri sendiri.
Dan yang seronoknya, program Affiliate ini tidak mengenakan apa-apa kos atau yuran.
Cool kan?!
Untuk mencuba di platform lain, anda boleh tekan mana-mana logo platform di dalam jadual di atas untuk pendaftaran.
Sangat jelas explaination tentang affiliate marketing. Terbaik
[…] Baca lebih lanjut tentang konsep Affiliate Marketing […]