Affiliate Marketing
Jana Side Income sebagai Affiliate Involve Asia

Jana Side Income sebagai Affiliate Involve Asia

0 0
Read Time:3 Minute, 9 Second

Di ketika pandemik yang sedang melarat ini, konsep buat duit dari rumah adalah sangat relevan dan menjadi punca pendapatan hampir keseluruhan rakyat moden di dunia.

Perkara pertama bila muncul di fikiran apabila konsep ini digunapakai, semestinya dengan menjalankan perniagaan atas talian. Jualan produk di media sosial.

Tapi tahukan anda, Affiliate Marketing memberi peluang yang lebih mudah untuk kita mendapatkan komisen?

Walaupun rate komisen tidak setinggi mana, tapi ia memberikan kita kejutan apabila ada berlakunya konversi dari hasil pengesyoran yang santai.

Baca lebih lanjut tentang konsep Affiliate Marketing


Cara Mula Buat Duit dengan Involve Asia

Langkah 1 – Daftar disini Akaun Involve Asia

Anda akan tiba di laman seperti di ini. Isikan selengkapnya di ruang jawapan.

Account Details:

  • First Name (Nama Pertama)
  • Last Name (Nama Terakhir)
  • Account Country (Negara) – pilih Malaysia
  • Account Display Name (Nama Paparan) – Hanya ada dalam Dashboard anda
  • Email Address – untuk tujuan Login
  • Phone Number (MY)

Property Details:

Property ini seperti laman, untuk mengenalpasti laman yang akan dikendalikan dalam akaun anda. Ia diperlukan untuk pihak Involve Asia menjejaki hasil konversi link unik anda berasal dari laman yang mana.

  • Social Media/Promotion Page URL – Letakkan link laman media sosial yang anda paling aktif
  • Property Display Name – Nama untuk setiap laman yang didaftarkan
  • Property Type – Jenis laman anda (Cadangan: Media Sosial pilih Influencer, Blog/Tiktok pilih Content)
  • Property Category – Pilihan niche yang anda minat atau akan lebih syorkan kepada audiens
  • Country Traffic – Nyatakan negara-negara yang berpontensi untuk berhubung atau menjumpai laman anda

Setelah siap isi semua, tandakan tick di bahagian “I Agree…”

Lebih afdal jika anda membaca Terms & Conditions serta Privacy Policy mereka terlebih dahulu.

Kemudian boleh tekan butang kuning [Create Account]

Selak ke kiri dan kanan

LANGKAH 2 – Sahkan pemilikan akaun di email

Kemudian, anda akan diminta untuk sahkan pendaftaraan akaun Involve Asia dari email yang dihantar kepada anda.

Klik ja link yang diberi, anda akan dibawa ke laman Dashboard.

LANGKAH 3 – Isi butiran akaun bank anda

Masukkan butiran akaun bank anda untuk urusan pembayaran komisen.

Di Telefon: Di bahagian Menu > turun kebawah dan pilih Manage Your Account (dan Nama Property anda).

Di Komputer: Bar header atas > klik ikon avatar anda > pilih Manage Your Account > pilih tab Payment.

Payment Setting:

  • Preferred Payment Method – Sila pilih WIRE TRANSFER untuk pembayaran komisen terus ke akaun bank anda.
  • Beneficiary Bank Name (Nama Bank akaun anda)
  • Beneficiary Name (Nama Akaun (Pemilik))
  • Beneficiary Bank Account Number (Nombor akaun bank anda)
  • Bank Address (Alamat cawangan bank anda)
  • Bank Country – tentunya Malaysia
  • SWIFT – Kod unik untuk cawangan bank anda (boleh cari di google)
  • Email Address & Contact Number
  • Payout Currency – Digalakkan pilih Malaysian Ringgit (MYR)
  • Transfer Reason – alasan kepada pihak bank sekiranya transaksi pembayaran komisen melebihi RM10,000
Selak ke kiri dan kanan

Dah siap semua, anda hanya perlu tunggu sehari untuk akaun anda diiktiraf (Approved) dari Involve Asia.

Dapat ja email tu, boleh terus mula promote mana-mana brand.

KENALI DASHBOARD ANDA

Dashboard Involve Asia

Menarik dan user friendly kan dashboard Involve Asia ni? Sedap mata memandang.

Bahagian Kanan
Prestasi konversi dan pendapatan anda

Bahagian Tengah
Kempen jenama yang terkini yang diberi keutamaan.. pilih mana-mana dan terus promote

Nota: Jikalau butang berwarna biru, anda boleh terus promote. Akan tetapi jikalau butang berwarna hijau, anda perlu Apply dahulu (makan dua hari)

Bahagian Kiri
Di sini anda boleh cipta link product dari laman web jenama-jenama yang berkolaborasi dalam Involve Asia.

Guna Generate Affiliate Link untuk mendapatkan link unik IA terus ke product page jenama berkenaan.

Ikut langkah ini..

  1. Pilih Deeplink Generator
  2. Copy link produk dari Shopee/Lazada/Sephora
  3. Paste link tersebut di ruang kosong Advertiser URL
  4. Tekan butang Generate

Kemudian…

Link yang terhasil inilah yang anda perlu sebarkan.

Copy dan sematkan ke posting laman sosial media anda, dan mula menjana pendapatan senyap.. Cool kan?!

Semoga diluaskan rezeki anda semua di platform Involve Asia.

Buat konten-konten yang menarik ya!

DAFTAR INVOLVE ASIA SEGERA!

About Post Author

elle faye

Ratu Web Digital | Seorang yang suka meneroka kemungkinan baharu di Internet dan gembira bekerja di belakang tabir sebagai Penulis Konten atau Ghostwriter. Obses untuk menyebarkan cool vibe dengan berkongsi ilmu digital dan website serta memberi kesedaran tentang betapa meluasnya dunia digital ini dan bagaimana untuk menjana pendapatan di Internet.
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
100 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

2 thoughts on “Jana Side Income sebagai Affiliate Involve Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

“Don’t mess with the best, cause the best don’t mess!”