
Kejayaan adalah suatu ketagihan yang diimpikan oleh semua
Sekarang ni, banyak sungguh kita dengar tentang orang yang sukses. Betul kan? Tapi itu bukan keturunan, tetapi diperoleh dari usaha. Orang yang sukses pernah berkali-kali gagal dan selalu bangkit semula dan teruskan lagi.
Jangan asyik menyerah jika ingin sukses, “Jangan pantang menyerah!” sebab anda tidak akan pernah kalah, kecuali jika menyerah.
Ada yang kata, sukses tu bukan saja hasil mencapai tujuan, tapi juga seberapa mampu anda bangkit dari kegagalan. Dalam setiap kehidupan manusia, akan ada kejayaan dan kegagalan. Ia seperti roda, kadang naik kadang turun. Jika tidak berputar, manakan ia maju, betul tak?
Seperti juga kita, jika kita ingin maju, inginkan perubahan, teruskan usaha dan buangkan ego diatas kegagalan diri dan bangkit meraikan kejayaan diri, walaupun seinci. Sememangnya, usaha yang bijak, bakal membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka. Usahakannya!

Tak selamanya kita akan berada di posisi gagal ataupun susah, tak selamanya juga kita akan berada di sentiasa berjaya dan diberi kesenangan. Konsisten dalam kehidupan adalah penting. Seperti rutin harian yang kita lalui, kejayaan juga harus dipegang teguh supaya sentiasa berada si atas.
Kejayaan ini sebenarnya suatu ketagihan.
Pernah ke jumpa Boss yang dah kaya, goyang kaki? Dalam kepala beliau sebenarnya berjuta-juta sel sedang berhubung memikirkan segala inci permasalahan yang bakal timbul jika suatu kegagalan berlaku?
Dalam setiap rezeki mereka, ada rezeki orang lain. Di situ lah bebanan yang mereka rasai setiap masa. Bayangkan tiba-tiba syarikat terpaksa tutup? Apa akan terjadi dengan staff-staff mereka?
Tak seorang pun yang pernah luput dari kegagalan dan kesilapan. Ini adalah lumrah yang telah ditakdirkan oleh yang Maha Esa. Perasan tak, kegagalan dan kesilapan sentiasa berhubung kait?
Tetapi dengan kesilapan inilah, ia mengajar kita bahawasanya, perkara tu salah. Salah dan perlu diperbetulkan, supaya kejayaan milik kita. Supaya kita sedar salah dan silap itu tidak akan memberikan.
Setuju tak?