Lubuk Telegram untuk tarik bakal minat pelanggan & close sale

Lubuk Telegram untuk tarik bakal minat pelanggan & close sale

0 0
Read Time:2 Minute, 3 Second

KENAPA ELLE BUAT CHANNEL TELEGRAM? Influencer ke?

Elle bukan la siapa-siapa.. cuma ada iras Nora Danish ja, tu pun sipi sipi..

Sebenarnya, Elle inspired untuk bina Channel Telegram sendiri selepas dengar short session sharing dari Sir Dharma tempoh hari.

30 minit saja pun talk tu, but malam tu jugak elle take action. Nak tahu talk tu pasal apa?

Menjual dengan cara berkongsi

Sir Dharma bagi kesedaran pada elle bahawasanya, apa yang kita perlu buat untuk menjual adalah membuat perkongsian.

Kongsi apa yang kita dapat dari guru kita mahupun produk yang kita jual. Beri feedback kita sendiri. Tunjuk bukti kita sendiri dapat result dari produk tersebut, tak kira besar atau kecil improvement itu.

Source: AppsGeyser

Mengajak? Boleh, sekali dua boleh. Kalau selalu, mau menyampah orang nak tengok.

Kebetulan pula, pada hari yang sama Tiktok hantar reward credit masuk ke dalam account. So Elle pun melompat girang gembira dan bercerita la di thread twitter..

Impression yang Elle terima untuk tweet tersebut agak memberangsangkan. Elle selitkan bersama sedikit tips dan beri kefahaman cara untuk mula bertiktok. Dalam thread yang sama, Elle letak sekali link affiliate. Alhamdulillah, lepas sahur next day elle terima 20 email dari S4F tentang komisen pendaftaran kelas King of TikTok 9.0

Dari situ elle cari tweethandle yang ada nama seakan email yang register. Elle DM mereka dan ucapkan terima kasih and apa yang akan mereka terima next.

Dalam thread tu jugak, ramai yang bertanya.. macam mana nak mula buat duit kat tiktok? Jenuh pulak elle nak reply sesatu ayat pepanjang kan.. makanya Elle terus buat channel Telegram, dan ceritakan susur galur kejadiannya.. ajak mereka masuk dalam channel Elle untuk baca. Haaa… kan senang

Yes, Elle ada website.. cumanya.. Elle mengajak mereka masuk ke telegram supaya lebih mudah untuk berkomunikasi dengan mereka, incase nak tanya apapa la kan.

Perasan tak, di Telegram ada Channel dan Group? Tak sama tapi hampir sama. Ada beberapa feature yang boleh kita gunapakai dalam aplikasi Telegram, antaranya:

  1. Voice space (Ruang perbincangan suara)
  2. Video conference (Ruang bincang bervideo)
  3. Poll (Undi)
  4. Private Message
  5. Kongsian maklumat dari Group lain
  6. Broadcast (Sebaran Umum)

Kesimpulannya

Sir Dharma telah menyedarkan Elle dan rakan-rakan bahawasanya… banyakkan berkongsi, kurangkan menjual. Orang akan lebih ingat dan percaya pada kita sebab kita dah lalui dulu dan kita ada resultnya.

Prospek nak tengok testimoni best dan positif, baru mereka rasa yakin nak buat keputusan.

Secara tak langsung, boleh jadi lubuk idea konten yang fresh dan authentic.Ayuh kita mulakan trend berkongsi ilmu.

Awak ada Channel Telegram sendiri?

About Post Author

elle

She found herself enjoying being a digital enthusiast and as a ghostwriter to fill her passion during the pandemic. Throughout the MCO, Elle has honed in on developing the skills and creativity that it takes to turn her dream into a career.
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *