Rahsia TikTok Jutawan Internet, Irfan Khairi bersama Abang Naz

Rahsia TikTok Jutawan Internet, Irfan Khairi bersama Abang Naz

1 0
Read Time:5 Minute, 3 Second

Siapa tak kenal kan jutawan internet dalam diam yang sekarang menetap di Dubai, Irfan Khairi? Untungnya team Seed4Future telah dapat bersama-sama join webinar 2jam dibawakan khas oleh Abang Naz Seed4Future.

Nak tahu apa pengisian dan rahsia yang dikongsikan malam tadi? Meh elle kongsikan..

Okay pertama sekali kenapa Irfan Khairi menjadi seorang idola kepada 1 juta pengikutnya di TikTok? Ini kerana beliau memiliki mindset yang unik dimana beliau menerapkan konsep “Start Small” atau Grow in Silent. Lebihkan pada automation, lower cost.

Kalau nak dibandingkan dengan jutawan-jutawan masakini seperti Dato’ Aliff Syukri atau Datin Sri Vida (DSV), jauh betul perbezaannya dengan Jutawan Internet ini. Tiada siapa pernah tahu atau sedar apa perniagaan yang dijalankan oleh Irfan Khairi sehingga beliau berjaya ke tahap ini. Tinggal di DUBAI kot, negara kaya tu!

Bezanya Irfan Khairi dan jutawan seperti DSV adalah konsep pengiklanan yang digunakan. IK kurang gemar menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk kos pengiklanan yang menjurus ke arah autofamous. Beliau mengambil kesempatan maksimum di atas platform percuma dengan menghargai platform tersebut dan optimumkan penggunaannya.

Hebat kan mindset jutawan dalam diam sebegini?!

HARGAI SOSIAL MEDIA YANG PERCUMA

Sebagai pengguna sosial media, mesti kita cukup menyampah bila tengok orang menjual lalu lalang kat timeline kita, bukan? Lagi-lagi bila poket kita ni tengah kering. Boleh sawan sampai tak tidur malam dok fikir barang yang kita teringinkan tu. Tak pun, annoyed dengan seller-seller yang tak kena dengan taste bud kita.

Kita semua manusia biasa yang ada fikiran dan perasaan. Tipu la kalau awak tak pernah terfikir sebegitu, lagi-lagi time period. Hahaha..

Orang tak suka kita menjual kat sosial media! Mana-mana sosial media lah. Tapi macam mana nak jual?

Inilah sebabnya kita kena guna konsep soft sell. Buat orang Kenal, Nampak, Suka dan Percaya pada kita dan produk kita. Setakat tunjuk barang, letak harga, sembang kalau berminat sila contact tak cukup feel.. Tu pun kalau feel lah.. “KALAU”.. Kalau kena block, jangan la marah yerr.. “KALAU” je la..

Setkan Goal atau Matlamat kita di platform sosial media. Apa kita nak dapat dan apa kita nak beri? Kita harus berfikir secara bijak, bagaimana untuk naikkan branding jenama atau diri kita. Ini antara apa yang boleh kita buat, antaranya:

KENAL

Cara untuk dikenali bukan kena tunjuk muka semata, tapi kalau skincare atau makeup kena la. Sekurang-kurangnya setkan product placement dengan cara paling kreatif. Bagi audiens ingat awak berkaitan dengan apa?
Contoh:
Dubai = Irfan Khairi
TikTok = Abang Naz
Soft Sell = Kemmal
Canva = Dina Dhia ..

Pilih niche yang kita rasa kita boleh kuasai dan beri value. Kalau pilih business, scope down lagi dari segi apa.
Contoh:
Sale Closing = Sir Dharma
Islamic Family Institution = Ustaz Nik Affendi (UNA)
Konten = Shahril Sabri
Strategi Marketing = Bro Safuan

NAMPAK

Seperti biasa, konsisten la kan. Tapi ada perkara lain juga yang perlu dititikberatkan seperti Kreativiti dan nilai Authentic dalam video itu sendiri. Memang ada video copycat yang viral, tapi kan lagi best kalau punca viral tu adalah dari video kita? Kan kan kan?

Kreativiti – Walaupun topik atau point yang mahu diketengahkan sedang trending, tetapi guna perspektif dari sudut yang berbeza. Berikan impak yang mendalam dalam video kita serta dapat mengusik jiwa audiens supaya mereka memberi respond kepada video tersebut (engagement).

Authentic – Jadikan video nampak biasa lebih menarik ditonton sampai habis dengan menggunakan element editing. Dari segi pencahayaan, warna persekitaran mahupun cinematografi video tersebut. Confirm 10 kali audiens repeat nak tengok.

SUKA

Macam mana nak audiens suka kat kita? Bukan untuk dingorat lah.. Buat audiens suka nak tengok koleksi video-video kita, sebab ianya memberi manfaat kepada mereka. Sebab tu la setiap video perlu ada value. Nampak handsome pun value kan? Hihi

Lagi satu, engage lah dengan audiens.. Hargai mereka kerana sudi singgah dan tengok video kita. Reply komen mereka atau like mana-mana video mereka balik. Dia akan tahu kita sedar tentang kewujudan dia di platform yang sama. Buat kawan, tak payah belanja teh tarik.. belanja like je pun dah cukup.

PERCAYA

Di tahap ini, bila audiens selalu tengok kita kerap memberikan value yang berguna dalam setiap video kita, tentunya timbul rasa percaya yang kita tahu tentang topik tersebut. Dan dengan automatiknya mereka akan ada pertanyaan selanjutnya sebagai prospek dan dengan cara yang afdal, berpotensi menjadi client kita.

Mudah kan? Semuanya atas talian.. kos hanyalah pada Internet.

Baca sini juga 3 Langkah Mudah Buat Duit Di TikTok

TIPS RAHSIA DARI IRFAN KHAIRI

  1. Lower down your expectation on the views. Siapa ja tak nak views tinggi kan? Tapi kalau kita tak achieve expectation tu, kita sendiri boleh jadi stress. So, IK cadangkan untuk kita averagekan expectation views dalam sebaris video pada profile tiktok kita.. gabungkan 3 video (atau ikut la berapa berapa video yang kita nak), kalau lebih alhamdulillah.
  2. Buat kiraan statistik mingguan ke atas video-video kita. Tengok video mana yang perlu lebih perhatian dan improvise atau topik apa yang perlu atau tidak diketengah/dikembangkan lagi.
  3. HOT!! Cipta Komen Viral atau Threaded Comment untuk naikkan algorithm di TikTok. Sangat-sangat membantu! Contoh: Berikan ayat atau soalan yang triggered di ruang komen supaya audiens akan turut berinteraksi dengan komen tersebut. Boleh juga buat di komen video lain. Bantu each other.
  4. Tidak digalakkan mengajar Algorithm TikTok di platform TikTok. Perkara ini mendapat pesanan dari TikTok Malaysia sendiri.

Patutlah kita tak pernah langsung nampak Irfan Khairi beri tips atau teknik cara naikkan followers di profile TikTok beliau.

Mengapa? Desas desus atau teori yang di gembar gemburkan di TikTok adalah berkemungkinan 80% tidak benar sama sekali. Contohnya mitos-mitos Shadowbanned yang membuatkan ramai pengguna TikTok berasa sangsi dan dilemma di platform tersebut. Kan tak bagus macam tu..

Please note that, TikTok direka khas untuk memberi value yang bermanfaat kepada audiens di serata dunia. Hargai platform percuma sebegini dan gunakan ia sebaik mungkin.

Kesimpulannya, belajarlah ecosystem TikTok dari guru-guru yang telah diiktiraf (bukan rasmi) dari TikTok Malaysia dan berpengalaman.

Untuk awak yang nak Growkan Brand dan Business di TikTok, boleh daftar kelas KING OF TIKTOK SILVER. Team ini telah melahirkan banyak TikTokers tegar antaranya Osza Best, Lia Omey, Chemell dan banyak lagi.

Webinar 2 hari. DAFTAR DI SINI SEKARANG!

Apa pendapat anda tentang Irfan Khairi? Komen di bawah

About Post Author

elle

She found herself enjoying being a digital enthusiast and as a ghostwriter to fill her passion during the pandemic. Throughout the MCO, Elle has honed in on developing the skills and creativity that it takes to turn her dream into a career.
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *